Hello world
Kandungan pertama blog ni. Tiga perkara ringkas tentang projek sampingan, website masjid dan kerja dengan AI.
Hello world.
Ini adalah kandungan pertama aku dalam pembinaan web portfolio dan juga blog peribadi aku. Pembinaan web portfolio dan blog adalah satu perkembangan self-skill aku yang terkini, selari dengan perkembangan dunia serba moden dengan perlumbaan teknologi “Kecerdasan Buatan” yang tak nampak hujungnya. Aku kembali menulis blog setelah sekian lama Blogspot terkubur. Sekarang, blog ini tempat aku meluahkan perasaan, berkongsi pengalaman dan ilmu, dan mungkin ulasan berita atau isu semasa.
Jadi, memandangkan ini adalah kandungan pertama untuk blog ni, 3 perkara ringkas aku nak kongsikan bersama untuk kita bincangkan.
Pertama, kepesatan dunia AI yang kita tak boleh nak lari. FOMO melanda dalam diri, lalu aku bina beberapa projek persendirian yang kebanyakannya hanya untuk kegunaan sendiri: app Auto Services Tracker, PoGo Wave Radar, dan satu projek yang memudahkan kerja hakiki aku sebagai officeboy pentadbiran masjid, iaitu Jadual Kuliah Generator.
Kedua, aku juga masih dalam proses pembinaan website rasmi Masjid Talhah Bin Ubaidillah, Bukit Jalil. Projek ini pada aku sangat berat untuk dibangunkan. Ia sebuah tanggungjawab yang agak besar untuk dipikul. Maka, aku perlukan sokongan dari pelbagai pihak, terutama dari pihak orang dalam sendiri. Aku tak dapat nak bangunkan projek ini dengan jayanya tanpa sokongan orang dalam sendiri.
Dilema itu timbul atas beberapa faktor. Aku sendiri bukan developer yang berkemahiran dalam mengurus web yang banyak ciri-ciri, yang aku rasa diperlukan untuk memudahkan kerja harian di masjid. Untuk projek ini, aku perlu ada kemahiran DevOps, web hosting, pengurusan database, setup pelbagai lagi tool lain. Ditambah pula dengan bajet yang disediakan oleh pihak pentadbiran atasan yang agak ketat, maka jurang dilema itu makin menebal. Doakan aku dipermudahkan segala urusan pembinaan website rasmi masjid.
Ketiga, sekadar berkongsi kemahiran aku berinteraksi atau bekerja dengan AI. Setakat hari ini, aku dah cuba Codex CLI serta ChatGPT, Claude Code serta Cowork, dan ada setup Hermes juga.
Apa pon, aku harap kau enjoy penulisan aku untuk kandungan pertama ini. Jumpa lagi.
Komen
Login GitHub untuk komen dan react. Komen disimpan dalam GitHub Discussions.