← Semua tulisan

Migrasi Photoshop Poster Kuliah

Hentikan langganan perisian Adobe, jom buat dengan Ai

Antara tugas aku di Masjid Talhah Bukit Jalil adalah menyediakan visual poster jadual kuliah bulanan untuk hebahan umum. Pegawai yang in-charge sebelum ni adalah bekas naqib MTU sendiri memandangkan beliau ada kemahiran bermain dengan Photoshop.

Aku pernah mencadang kepada bendahari untuk biaya kos perisian Adobe secara bulanan yang hanya RM120 macam tu, namun tidak mendapat respon yang baik. Sebaliknya hanya serahkan kat aku. Aku pula perlu keluarkan kos biaya perisian Adobe, betapa...

Anyway, inilah hasil tangan bekas naqib lama MTU tapi sudah aku sudah olah sikit bagi nampak lebih kemas. Ada beberapa masalah yang aku hadapi untuk menyediakan jadual ini secara bulanan :

  1. Perlu ubah template setiap bulan

Setiap bulan, aku perlu alihkan layer kotak hari bulan pertama, dan adjust bagi sekata kotak-kotak putih, ini sangatlah melecehkan.

  1. Ubah gambar, nama penceramah dan tajuk kuliah

Jadual memang tidak konsisten, berubah ikut keadaan dan ketersediaan penceramah lagi-lagi tazkirah jumaat yang bukan jadual tetap. Jadi, aku perlu ubah gambar, masukkan dalam frame ikut warna, ubah nama penceramah dan tajuk atau kitab yang diajar.

  1. Tanggung sendiri kos bulanan perisian

Inilah yang paling besar faktor projek penjana kuliah bulanan ini dibuat. Kos bulanan perisian Adobe adalah agak mahal dan tidak berbaloi hanya untuk sunting jadual kuliah, sedangkan kebanyakan poster hebahan lain, aku uruskan di Canva Pro yang berkongsi atau team dengan pegawai Maiwp lain. Shout out kepada Imam Ibnuzaman yang menawarkan akaun Canva Pro tanpa aku membayar walau sesen pon, semoga pahala mengalir laju-laju.

Ada lagi beberapa masalah lain, tapi tiga di atas adalah masalah paling besar. Aku mencuba pelbagai cara untuk atasi masalah tersebut. Antaranya aku mencuba Hermes, guna pelbagai model LLM, deepseek 4 Pro, Claude dan ChatGPT. Semua hasil mereka sangat mengecewakan dan tidak seperti yang aku harapkan. Sehinggalah GPT-6 Astra dilancarkan pada September 2026, aku mula langgan Chatgpt hanya untuk mencuba model LLM yang paling berkuasa pada masa itu. Result dia agak memuaskan dan mirip dengan poster asal, cuma perlukan beberapa tweak untuk polish, itu adalah normal.

Ini dia pratonton yang telah dihasilkan oleh GPT-6 Astra. Anda boleh cuba sendiri di repositori awam disini Penjana Jadual Kuliah Bulanan. Aplikasi ini percuma, boleh diolah ikut citarasa sendiri, sumber terbuka atau nak terus guna pon boleh. Segala panduan cara guna, cara install (tak perlu install pon) atau cara klon repositori jika anda mengguna Linux.

Jadi kesimpulannya, setelah berjaya impian kecil aku ni direalisasikan oleh kebolehan kecerdasan buatan (Ai) dan juga alatan-alatan (tools) yang tepat, maka aku merasakan langganan aku untuk dapatkan khidmat GPT-6 Astra adalah sangat berbaloi. Muncul masalah lain pula, aku terjebak dengan langganan Claude, Suno dan masih berkira-kira untuk langgan Higgsfield ai dan langganan perisian Adobe masih belum boleh dihentikan sebab ada kontrak hingga Disember tahun ni. Picang mat. Haha.

Komen

    Komen disemak dulu sebelum dipapar.